Kata Aluan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPM Perak) sentiasa peka dalam peningkatan dan menambahbaik medium penyampaian maklumat seiring dengan tuntutan serta perkembangan teknologi yang kian pesat membangun.

Penggunaan media sosial meningkat dengan begitu drastik kerana ia menjadi medium utama untuk melakukan kerja dari rumah (work from home), pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan pelbagai maklumat terkini, dan mengisi masa lapang. Berlandaskan norma baharu PPM Negeri Perak mengambil inesetif mempergunakan platform di atas talian untuk melaksanakan mesyuarat, perbincangan sehingga mengadakan ujian secara atas talian.


Segalanya bermula akibat dari keperluan mendesak PPM Negeri Perak untuk memiliki satu platform penyebaran maklumat pengakap secara maya seiringan dengan perkembangan kemajuan arus teknologi maklumat, perhubungan komunikasi dan keperluan semasa. Pembangunan teknologi digital seumpama ini seharusnya diguna dan dimanfaatkan seoptimum serta sebaik-baknya bagi mencapai pembangunan diri dan kumpulan yang seimbang.

Semoga usaha murni ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan selaras dengan visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Tn. Hj. Ahmad Azam Shah Bin Abd. Majid, AMP.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

KEPIMPINAN TERTINGGI PENGAKAP NEGERI PERAK