ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
PINGAT DAN BINTANG
BINTANG PAHLAWAN
Pengenalan
Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.
BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS PERTAMA – EMAS
Pengenalan
a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) ialah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.
b. Antara tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini adalah daripada kalangan Ketua-Ketua Negara dan Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di negara ini
c. Selain daripada tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap daripada kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat
d. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, yang mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ia telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari segi aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan ialah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.
e. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).
BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS KEDUA – PERAK
Pengenalan
a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak (BSP – II) ialah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.
b. Antara tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini ialah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap daripada kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat.
c. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, yang mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ia telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari segi aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan ialah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.
d. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).
e. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 5 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS PERTAMA – EMAS
Pengenalan
a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR – I) ialah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.
b. Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan sesuatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi atas status Kehormat.
c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.
d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS KEDUA – PERAK
Pengenalan
a. Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR – II) ialah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.
b. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat.
c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.
d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
PINGAT JASA PENGAKAP
Pengenalan
Pingat ini diperkenalkan bermula tahun 2010, dan terletak di bawah Kategori Darjah dan Bintang serta Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia
Pingat Jasa Pengakap (PJP), dianugerahkan kepada individu dan pemimpin-pemimpin serta orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan pengakap pada peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara. Anugerah pingat ini boleh disampaikan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengakap Negara, dimana yang difikirkan perlu
Pemimpin yang telah berkhidmat dengan cemerlang sekurang-kurangnya selama tiga tahun boleh dicalonkan untuk penganugerahan ini.
PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG (PPG)
Pengenalan
Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia serta mempamerkan tata kelakuan yang terpuji.
Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)
Pengenalan
a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.
b. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)
Pengenalan
Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang daripada 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.
PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)
Pengenalan
a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang daripada 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.
b. Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.
c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)
Pengenalan
a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang daripada 5 tahun.
b. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).
SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)
Pengenalan
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.
PINGAT PERINGATAN SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA
Pengenalan
Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia dianugerahkan sempena sambutan 100 tahun Pengakap di Malaysia kepada tokoh-tokoh atau perseorangan yang telah memberi khidmat bakti kepada pergerakan pengakap.
PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Pengenalan
Pingat ini diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Seri Paduka Ketua Pengakap Negara dan dizahirkan pada tahun 2009. Ia merangkumi 6 kategori:
i) Ijazah
ii) Diploma
iii) STPM
iv) SPM
v) PMR
vi) UPSR
Pingat ini diletakkan sebagai satu Penghargaan dan memberi penghormatan yang tinggi, kepada ahli-ahli yang “outstanding” (cemerlang) bukan sahaja dalam kepengakapan, tetapi juga dari segi akademiknya. Kriteria pemilihan ini dibuat pencalonan oleh pemimpin dan diputuskan di peringkat negeri, sementara di peringkat Negara pula, Jawatankuasa Anugerah akan bersidang untuk memutuskan penerimanya dan upacaranya boleh dibuat di majlis-majlis sama bersendirian ataupun ditumpangkan dalam upacara-upacara atau mesyuarat-mesyuarat peringkat Negara atau Negeri.
PINGAT PERSAHABATAN ANTARABANGSA