Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada seluruh warga pengakap Negeri Perak di atas sumbangan dan khidmat bakti serta pencapaian terbaik. Sama-sama kita meraikan kejayaan mereka di majlis gilang gemilang Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja 2022 yang akan diadakan pada 16 Julai 2022, Sabtu pada jam 9.00 pagi, di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Bersempena Istiadat Penganugerahan ini, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk menyampaikan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja tahun 2022. Seramai 321 bakal menerima Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja termasuk 154 orang Pengakap Raja Tahun 2019 dan 68 orang Pengakap Raja Tahun 2020.

Pelancaran Tabung Bantuan Bencana PPM Negeri Perak

16 Jan 2022 – Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak telah melancarkan TABUNG BANTUAN BENCANA Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak yang dirasmikan oleh YB Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, EXCO Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak di Dewan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak.

PPM Negeri Perak mengalu-alukan orang ramai membantu dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Bantuan Bencana Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.

Butiran berkaitan TABUNG BANTUAN BENCANA PPM NEGERI PERAK seperti gambar di bawah:

62 orang penerima Sijil Perakuan dan Lencana Pengakap Raja Tahun 2020

16 Jan 2022 – Majlis Penyampaian Sijil Perakuan dan Lencana Pengakap Raja Tahun 2020 telah diadakan di Dewan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak. Seramai 44 penerima bersama ibu bapa telah hadir untuk meraikan kejayaan dan menerima Sijil Perakuan dan Lencana Pengakap Raja bagi tahun 2020.

Turut meraikan kejayaan penerima Pencapaian Emas Perak dan Gangsa mengikut Kategori Lelaki dan Perempuan. Berikut adalah senarai penerima Anugerah berkenaan :

Kategori Lelaki

Sijil Anugerah Emas

Cheng Shan Yong dari SMJK Dinding, Daerah Manjung

Sijil Anugerah Perak

Lee Yan Chuan dari SMK Bagan Serai, Daerah Kerian

Sijil Anugerah Gangsa

Lim Chee Zhen dari SMK Bagan Serai, Daerah Kerian

Kategori Perempuan

Sijil Anugerah Emas

Lim Chian En dari SMJK Krian, Daerah Kerian

Sijil Anugerah Perak

Nurul Syazwannis Binti Ridzuan dari SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Daerah Larut Matang dan Selama

Sijil Anugerah Gangsa

Chiam Ning Qian dari SMJK Krian, Daerah Kerian

Majlis Penyampaian Sijil dan Lencana Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2020 telah disempurnakan oleh YB Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia.

Tahniah kepada semua penerima Sijil dan Lencana Pengakap Raja tahun 2020 serta barisan uruseti dan pesuruhjaya yang terlibat menjayakan majlis yang gemilang ini.

Berikut adalah pautan album peristiwa Majlis Penyampaian Sijil dan Lencana Pengakap Raja PPM Negeri Perak tahun 2020

https://drive.google.com/drive/folders/1umFtbWA8aKHPOCZ-XvMfLuC7HAoyDDBa

JOTA JOTI PERAK 2021

Jambori Di Udara Kali ke 64 dan Jambori Di Internet Kali ke 25
Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada 15 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2021
Program Jota Joti Perak 2021 diserikan lagi dengan penglibatan agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) Negeri Perak dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Perak
Kerjasama Amateur Radio in Scouting Communication Perak (ARSCOM Perak), Stesen JOTA Negeri Perak untuk aktiviti Komunikasi Radio Amatur di lokasi Rindu Alam Motel, Kampung Baharu, Lumut, Perak akan berlangsung sepanjang Jota Joti 2021. Nantikan LIVE di platform Facebook Arscom Perak.

Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR) Lencana Perkhidmatan

2 OKTOBER 2021 – Seramai 122 ahli Pengakap Remaja telah menyertai Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR) secara dalam talian anjuran Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Akademi Dr. Azizul Amar

Majlis Penutup Kursus di sempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak. JK Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Penglibatan ahli Pengakap Remaja di seluruh Negeri Perak dalam kursus ini amat memperangsangkan dan kami amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang diberi oleh semua ahli Pengakap.

Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang hadir dan lulus dalam kursus ini. Semoga kita akan bertemu kembali di program lain yang akan datang.

Webinar Safe From Harm

25 Sept 2021 – Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak melalui Pasukan Latihan Negeri (PPM Negeri Perak) telah mengadakan Webinar Safe Form Harm secara atas talian melalui medium Google Meet, Youtube Live dan Facebook Live pada jam 8:30 malam.

Webinar ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Nizar bin Hj. Zakaria merupakan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Perak Tengah merangkap Ahli Parlimen Parit. PPM Negeri Perak mengucapkan Jutaan terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat Dato’ meluangkan masa untuk Webinar Safe Form Harm sehingga selesai.

Panel jemputan merupakan Pesuruhjaya Latihan Negara, YBrs. Dr. Ekbert Yong Yen Loong. PPM Negeri Perak mengucapkan juataan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang disampaikan dalam webinar ini. Semoga ilmu yang disampaikan YBrs. Dr. Dapat dimanfaatkan oleh semua peserta webinar dan menyampaikanya kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap didalam Negeri Perak.

Seramai 205 peserta yang telah mengikuti webinar ini di dalam Google Meet, manakala di medium Youtube Live seramai 179 tontonan dan di medium Facebook Live mencatat 88 jumlah tontonan.

YB Dato’ Mohd Nizar sudi melapangkan masa memberi ucapan perasmian ketika beliau bertugas di luar kawasan.

DASAR SELAMAT DARIPADA BAHAYA (SAFE FROM HARM POLICY)
Dasar Selamat Daripada Bahaya Sedunia mensasarkan keselamatan Ahli Pengakap daripada bahaya melalui sokongan kepada kerangka pembangunan kebangsaan dengan keberkesanan lokaliti setempat. Ini akan menggalakkan pembanggunan kesejahteraan secara sihat serta memastikan keselamatan kanak-kanak dan golongan muda remaja dalam penglibatan mereka sepanjang dalam Pergerakan Pengakap Sedunia. Dasar ini juga selari dengan Akta Kanak-Kanak Malaysia 2001 (Akta 611) yang digunapakai sebagai standard piawaian perlaksanaan, garis panduan dan prosuder kebangsaan yang lain.

Turut hadir dalam webinar ini Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak , Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid serta kepimpinan Pengakap Negeri Perak yang lain.

Tahniah dan terima kasih kepada Pasukan Latihan Negara, Seketeriat Latihan Negeri dan urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan Webinar Safe Form Harm ini.

Slaid persembahan menunjukkan pihak-pihak yang terlibat dalam Polisi Selamat Daripada Bahaya
Tuan Pesuruhjaya Latihan Negara, Dr. Ekbert Yong sedang berkongsi tentang polisi Safe from Harm
Sebahagian daripada peserta Webinar Safe from Harm Peringkat Negeri Perak 2021