ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, NEGERI PERAK
Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak ini telah dimahsyurkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 25 November 2014 sempena Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014.
BINTANG SERI MAHARAJA LELA (BSML) EMAS
(Kalung, Reben dan Sijil)
Bintang Seri Maharaja Lela (Emas) Pengakap Negeri Perak adalah anugerah tertinggi Pengakap Negeri Perak. Bintang ini boleh dianugerahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (EXCO), Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNPk) dan Orang-orang kenamaan Kehormat.
Bagi mereka yang telah atau sedang menyandang jawatan sebagai;
a. Yang DiPertua, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
b. Timbalan/ Naib Yang DiPertua, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
c. Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak
d. Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak
e. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
f. Orang perseorangan yang setaraf atau yang lebih tinggi kedudukannya (a hingga f di atas) yang telah berjasa dan membantu Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dalam pembangunannya atau dalam keadaan yang luar biasa Pemimpin atau Pesuruhjaya yang telah menunjukkan jasa yang luar biasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
Bintang ini hanya akan dianugerahkan TIDAK LEBIH DARI 7 orang penerima bagi setiap tahun.
Bintang ini tidak boleh dianugerahkan sekiranya penerima telah pun menerima anugerah yang lebih rendah tarafnya kurang dari 2 tahun.
BINTANG SERI MAHARAJA LELA (BSML) PERAK
(Kalung, Reben dan Sijil)
Bintang Seri Maharaja Lela (Perak) dianugerahkan kepada Pesuruhjaya Daerah hingga Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Orang-orang kenamaan Kehormat.
Telah menjadi Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 4 tahun berturut-turut (dan/atau telah menjadi Pemimpin Kumpulan selama 18 tahun berturut-turut) dan telah memimpin kumpulan dengan menjayakan sekurang-kurangnya 4 projek dan acara-acara Kepengakapan di peringkat negeri, kebangsaan dan telah membuat satu perubahan dalam pembangunan PPMNPk.
Antara mereka yang layak dianugerahkan Bintang Seri Maharaja Lela- Perak adalah;
a. Ahli Majlis Pengakap Negeri Perak
b. Ketua Pesuruhjaya Negeri
c. Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri
d. Pesuruhjaya Daerah
e. Orang perseorangan yang setaraf atau yang lebih tinggi kedudukannya (a hingga e di atas) yang telah berjasa dan membantu Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dalam pembangunannya atau dalam keadaan yang luar biasa Pemimpin atau Pesuruhjaya yang telah menunjukkan jasa yang luar biasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
Bintang ini hanya akan dianugerahkan TIDAK LEBIH DARI 15 orang penerima bagi setiap tahun.
Bintang ini boleh dianugerahkan kepada warganegara asing yang telah berjasa atau mengharumkan nama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dan Negara.
Bintang ini tidak boleh dianugerahkan sekiranya penerima telah pun menerima anugerah yang lebih rendah tarafnya kurang dari 2 tahun.
PINGAT DATO’ SAGOR (PDS) – EMAS
(Pingat, Reben dan Sijil)
Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Emas dianugerahkan kepada Pemimpin dan Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak sahaja.
Telah berkhidmat dan berdaftar dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 5 tahun berturut-turut dan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 kerja amal (sekurang-kurangnya 2 acara setiap tahun) di peringkat negeri atau kebangsaan dan antarabangsa.
Pingat ini HANYA BOLEH DIANUGERAHKAN kepada TIDAK LEBIH DARI 20 penerima untuk setiap tahun.
Pingat ini boleh dianugerahkan kepada Pengakap Kelana dan pemimpin negeri lain atau warganegara asing yang telah berjasa dan mengharumkan nama PPMNPk.
PINGAT DATO’ SAGOR (PDS) – PERAK
(Pingat, Reben dan Sijil)
Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Perak dianugerahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, Pemimpin dan Pengakap Kelana sahaja.
Telah berkhidmat dan berdaftar dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 5 tahun berturut-turut dan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 kerja amal (sekurang-kurangnya 2 acara setiap tahun) di peringkat negeri atau kebangsaan dan antarabangsa.
Pingat ini HANYA BOLEH DIANUGERAHKAN kepada TIDAK LEBIH DARI 25 penerima untuk setiap tahun.
Pingat ini boleh dianugerahkan kepada Pengakap Kelana dan pemimpin negeri lain atau warganegara asing yang telah berjasa dan mengharumkan nama PPMNPk.