Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR) Lencana Perkhidmatan Pengakap RemajaSecara Dalam Talian
Dengan segala hormatnya, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak dengan kerjasama Akademi Dr Azizul Amar akan menganjurkan kursus berkenaan seperti yang dilampirkan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Remaja) masing-masing. Sila imbas QR untuk pendaftaran atau melalui pautan ini https://forms.gle/1XxpgmdwRwryYzaA6
Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2021. Penyertaan terhad. Jangan ketinggalan!
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PPM PERAK KE JOHOR VIRTUAL CUBOREE 2021 (JVC2021)
Majlis tersebutberlangsung pada 15 September 2021 (Rabu)mulai 10:00 pagisecaradalamtalian. Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak menyerahkan bendera kontinjen PPM Perak kepada Puan Zurida binti Ishak yang telah diamanahkan sebagai Ketua Kontinjen.
Majlis yang dihadiri oleh ahli kontinjen seramai 146 orang ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor serta barisan kepimpinan PPM negeri dan daerah. Adik Nawwar Akif Bin Ahmad Hellmi mengetuai bacaan persetiaan pengakap manakala bacaan doa dipimpin oleh adik Hazimul Raziq Bin Mohd Ramli. Mereka telah dibimbing oleh Encik Muhamad Azmi Bin Muhamad Khalis PPM Daerah Kinta Selatan selaku urus setia majlis ini.
Ucapan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah dan Puan Zurida bagi menyuntik semangat kepada para peserta yang akan mewakili PPM Perak ke jamboree tersebut. Mereka terdiri daripada 108 orang Pengakap Kanak-kanak dan 38 orang pemimpin dari seluruh negeri Perak. Semoga semua ahli kontinjen sentiasa bersemangat menjalankan semua aktiviti yang menyeronokkan semasa jambori ini.
Nantikan program Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Program Manifestasi Merdeka 2021 pada 16 September 2021, 3.00 petang secara langsung di Saluran Youtube Program PPM Perak. Program ini anjuran bersama Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Batang Padang serta di kelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Batang Padang.
Majlis Bacaan Yaasin Perdana, PPM Negeri Perak
Program Bacaan Yaasiin Perdana pada 16 September 2021, 8.00 malam secara langsung di Saluran Youtube Pengakap Hilir Perak. Program ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hilir Perak.
11 SEPT 2021 – Seramai 214 terdiri daripada Pemimpin Pengakap dan ahli Pengakap Remaja telah menyertai Webinar Pengurusan Buku Log Pengakap Remaja secara dalam talian anjuran Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak juga turut hadir bersama dan merasmikan webinar ini. Penglibatan ahli Pengakap Remaja di seluruh Negeri Perak dalam sesi webinar amat memperangsangkan dan kami amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang diberi oleh semua ahli Pengakap.
Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan webinar ini. Semoga kita akan bertemu kembali di sesi webinar yang akan datang.
8 Sept- Satu taklimat berkaitan Pengurusan Laman Sesawang Pengakap Perak telah dijalankan. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Perak telah menghadiri taklimat ini. PPM Perak amat menghargai kehadiran Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Saad, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Profil Kepengakapan) yang telah memberikan serba sedikit maklumat mengenai garis panduan laman sesawang.
Garis panduan yang diberikan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Profil Kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia.
PPM Perak sangat berbesar hati kerana Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Saad telah melancarkan pautan laman sesawang Pengakap Perak pada laman sesawang Pengakap Malaysia. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan maklumat kepengakapan kepada seluruh ahli pengakap Malaysia dan menjadi inspirasi buat orang awam.
Tuan Haji Ahmad Azam Shah Bin Abd Majid, meneruskan taklimat mengenai pengurusan laman sesawang Pengakap Perak kepada semua jawatankuasa unit. Setiap unit perlu melantik seorang wakil yang akan mengemaskini urusan laman sesawang unit masing-masing.
Seterusnya, Tuan Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Unit ICT/Multimedia memberikan taklimat mengenai cara-cara memuat naik bahan-bahan di laman sesawang. Di akhir taklimat, Tuan Haji Ahmad Azam Shah mencadangkan untuk mengadakan satu bengkel atas talian bagi memuat naik bahan-bahan ke dalam laman sesawang. Bengkel ini akan diberikan kepada wakil unit jawatankuasa PPM Negeri Perak dan dipanjangkan kepada wakil PPM Daerah.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak turut menyokong dan bersama-sama menjayakan MISI Bantuan Kemanusiaan Yan & Kuala Muda yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. PPM Negeri Perak menyeru seluruh warga Pengakap Perak untuk turut memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke Akaun MAYBANK : 5580 1545 2975 (MAJLIS PENGAKAP NEGERI PERAK). Slip atau salinan transaksi boleh dilampirkan kepada Tuan Mahizam Bin Omar @ Mansor melalui talian 019-5584511.
Tarikh akhir sumbangan adalah pada 15 September 2021 akan diserahkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah.
4 Sept 2010 – Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengadakan kursus Protokol & Etiket Sosial secara maya buat julung kalinya. Kursus anjuran Pasukan Latihan Negara dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara (INTURA) telah disambut baik dengan penyertaan pemimpin seramai 499 orang yang terlibat secara maya menggunakan aplikasi webex. Menurut Pengarah Kursus, Tuan Saiful Azlan Bin Azimat, pada mulanya kursus ini dianjurkan atas permohonan dari KLM kepada Pasukan Latihan Negara. Akhirnya sambutan kepada kursus ini dari negeri-negeri sangat menggalakkan sehingga ada yang memohon 10-50 peserta dan sebagainya.
Tahniah kepada 21 Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid sendiri yang hadir dan mengikuti kursus dengan jayanya. Menurut beliau, Kursus protokol dan etikel sosial ini sangat baik utk semua dan beliau berharap semua peserta terus sabar, menunggu dan fokus hingga tamat kursus.
Selesai sidang keempat, Majlis Penutup Ringkas dirasmikan oleh Pengarah Kursus, Tuan Saiful Azlan Bin Azimat. Semua peserta kursus diberikan pautan terakhir untuk mendaftar kehadiran serta menerima sijil kehadiran kursus.
Sijil Penyertaan yang diterima oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
Berikut adalah bahan edaran kursus yang dikongsikan oleh Pihak Penganjur
Kursus Kepimpinan & Pengurusan 2021 anjuran Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Perak merupakan kursus maya yang pertama dalam sejarah Kelana Negeri Perak. Kursus ini disertai oleh 322 ahli pengakap kelana yang berdaftar dari seluruh Malaysia dan ada wakil dari Negara Indonesia. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli Pengakap Kelana berkaitan ilmu asas pentadbiran organisasi. Seterusnya, kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan ahli sekretariat yang mahir dalam pentadbiran supaya dapat memimpin Sekretariat Pengakap di semua peringkat dengan lebih berkesan.
Pada hari pertama (28 Ogos 2021), majlis dimulakan oleh saudara Aminul Muhaimin selaku pengacara majlis. Beliau memulakan acara dengan taklimat peraturan asas yang harus diikuti oleh para peserta sepanjang kursus. Kursus diteruskan dengan ucapan selamat datang oleh Dr. Lim Yiet Im, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak (Unit Kelana). Kandungan ceramah pada hari pertama lebih berfokus kepada kontek pengakap dimana peserta diberi ceramah bertajuk “Pentadbiran dan Pengurusan Pengakap Kelana” oleh Tuan Haji Khairul Bin Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan Peranan Sekretariat Pengakap Kelana oleh saudara Jurais Bin Abdullah, mantan Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan selaku Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kedah. Kedua-dua sesi ini sangat bermanfaat dan memberikan impak yang positif kepada para peserta. Banyak ilmu yang berkaitan Pengakap Kelana telah disampaikan oleh penceramah kami. Walaupun hanya berkursus secara dalam talian, ramai peserta bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing.
Pada hari ke-dua (29 Ogos 2021), peserta mula masuk ke platform Google Meet pada jam 10.00 pagi. Sebelum kursus bermula, peserta melakukan sesi refleksi, mereka diminta untuk kongsikan apa yang mereka belajar sepanjang kursus pada hari pertama dalam Menti. Kemudian, peserta diberi ceramah yang bertajuk Ciri-Ciri Pemimpin Berwibawa dan Pengucapan Awam oleh Encik Azmi Ismail sesi terakhir kami bertajuk Cara Pengendalian Program dan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hussin Bin Dato’ Seri Abdullah. Dari ketiga-tiga sesi ini kami berharap melahirkan insan yang berguna untuk menyumbang kepada kepengakapan sedunia, selaras dengan misi pengakap.
Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan 2021 dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak diiringi barisan kepimpinan Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak.
Siri 1 – 10 dan 11 Julai 2021 Siri 2 – 14 dan 15 Ogos 2021
Secara dalam talian melalui saluran Youtube secara langsung Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
Kursus ini telah dihadiri seramai 2831 orang PKK Tahun 4, 5 dan 6dari 316 buah sekolah seluruh negeri Perak termasuk 50 orang PKK Pendidikan Khas. 122 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada barisan kepimpinan Pengakap negeri, daerah serta para pemimpin dari setiap daerah telah menjayakan kursus secara dalam talian yang julung-julung kali diadakan ini.Kursus ini turut diwajibkan kepada semua calon penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri 2021 (AKPPNg) iaitu seramai 1786 orang sebagai satu daripada elemen utama syarat lulus.
Empat slot ceramah secara dalam talian serta dua slot tugasan kendiri luar talian telah dilaksanakan selama dua hari berkursus bagi setiap siri. Peserta telah didedahkan dengan tajuk Pakaian Seragam PKK, Sistem Sekawan, Lagu-lagu Pengakap dan Istiadat Laung Agung. Peserta juga diwajibkan menjawab penilaian kursus secara dalam talian dan menghantar dua tugasan berupa video nyanyian lagu-lagu Pengakap dan gambar logo sekawan ciptaan peserta sendiri. Sijil digital telah diberi kepada semua peserta yang lulus.
Ujian Penarafan Pengakap Raja (Bhg.2) merupakan kali pertama dalam sejarah ia diadakan secara dalam talian berikutan dengan pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa dan menyebabkan ujian secara bersemuka tidak dapat dilakukan. Justeru itu, Pasukan Latihan Negara (PLN) telah mengeluarkan satu garis panduan untuk pelaksanaan ujian secara dalam talian.
Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Perak telah mengelolakan Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Perak pada 1 hingga 30 Jun 2021.
Seramai 70 Calon Pengakap Raja menyertai ujian ini dari semua daerah dalam negeri Perak. Seramai 36 Penaraf dan 8 Pemantau yang turut membantu dalam menjalankan Ujian Penarafan Pengakap Raja secara dalam talian. Semua telah memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama sepenuhnya untuk mejayakan ujian Penarafan Pengakap Raja bagi tahun 2020. PPM Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.