Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR) Lencana Perkhidmatan

2 OKTOBER 2021 – Seramai 122 ahli Pengakap Remaja telah menyertai Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR) secara dalam talian anjuran Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Akademi Dr. Azizul Amar

Majlis Penutup Kursus di sempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak. JK Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Penglibatan ahli Pengakap Remaja di seluruh Negeri Perak dalam kursus ini amat memperangsangkan dan kami amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang diberi oleh semua ahli Pengakap.

Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang hadir dan lulus dalam kursus ini. Semoga kita akan bertemu kembali di program lain yang akan datang.