
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PPM PERAK KE JOHOR VIRTUAL CUBOREE 2021 (JVC2021)
Majlis tersebutberlangsung pada 15 September 2021 (Rabu)mulai 10:00 pagisecaradalamtalian. Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak menyerahkan bendera kontinjen PPM Perak kepada Puan Zurida binti Ishak yang telah diamanahkan sebagai Ketua Kontinjen.
Majlis yang dihadiri oleh ahli kontinjen seramai 146 orang ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor serta barisan kepimpinan PPM negeri dan daerah. Adik Nawwar Akif Bin Ahmad Hellmi mengetuai bacaan persetiaan pengakap manakala bacaan doa dipimpin oleh adik Hazimul Raziq Bin Mohd Ramli. Mereka telah dibimbing oleh Encik Muhamad Azmi Bin Muhamad Khalis PPM Daerah Kinta Selatan selaku urus setia majlis ini.
Ucapan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah dan Puan Zurida bagi menyuntik semangat kepada para peserta yang akan mewakili PPM Perak ke jamboree tersebut. Mereka terdiri daripada 108 orang Pengakap Kanak-kanak dan 38 orang pemimpin dari seluruh negeri Perak. Semoga semua ahli kontinjen sentiasa bersemangat menjalankan semua aktiviti yang menyeronokkan semasa jambori ini.
