Webinar Pengurusan Buku Log Pengakap Remaja 2021

11 SEPT 2021 – Seramai 214 terdiri daripada Pemimpin Pengakap dan ahli Pengakap Remaja telah menyertai Webinar Pengurusan Buku Log Pengakap Remaja secara dalam talian anjuran Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.

Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak juga turut hadir bersama dan merasmikan webinar ini. Penglibatan ahli Pengakap Remaja di seluruh Negeri Perak dalam sesi webinar amat memperangsangkan dan kami amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang diberi oleh semua ahli Pengakap.

Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan webinar ini. Semoga kita akan bertemu kembali di sesi webinar yang akan datang.