Taklimat Pengurusan Laman Sesawang Pengakap Perak

8 Sept- Satu taklimat berkaitan Pengurusan Laman Sesawang Pengakap Perak telah dijalankan. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Perak telah menghadiri taklimat ini. PPM Perak amat menghargai kehadiran Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Saad, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Profil Kepengakapan) yang telah memberikan serba sedikit maklumat mengenai garis panduan laman sesawang.

Garis panduan yang diberikan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Profil Kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia.

PPM Perak sangat berbesar hati kerana Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Saad telah melancarkan pautan laman sesawang Pengakap Perak pada laman sesawang Pengakap Malaysia. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan maklumat kepengakapan kepada seluruh ahli pengakap Malaysia dan menjadi inspirasi buat orang awam.

Tuan Haji Ahmad Azam Shah Bin Abd Majid, meneruskan taklimat mengenai pengurusan laman sesawang Pengakap Perak kepada semua jawatankuasa unit. Setiap unit perlu melantik seorang wakil yang akan mengemaskini urusan laman sesawang unit masing-masing.

Seterusnya, Tuan Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Unit ICT/Multimedia memberikan taklimat mengenai cara-cara memuat naik bahan-bahan di laman sesawang. Di akhir taklimat, Tuan Haji Ahmad Azam Shah mencadangkan untuk mengadakan satu bengkel atas talian bagi memuat naik bahan-bahan ke dalam laman sesawang. Bengkel ini akan diberikan kepada wakil unit jawatankuasa PPM Negeri Perak dan dipanjangkan kepada wakil PPM Daerah.