MISI Bantuan Kemanusiaan

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak turut menyokong dan bersama-sama menjayakan MISI Bantuan Kemanusiaan Yan & Kuala Muda yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. PPM Negeri Perak menyeru seluruh warga Pengakap Perak untuk turut memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke Akaun MAYBANK : 5580 1545 2975 (MAJLIS PENGAKAP NEGERI PERAK). Slip atau salinan transaksi boleh dilampirkan kepada Tuan Mahizam Bin Omar @ Mansor melalui talian 019-5584511.

Tarikh akhir sumbangan adalah pada 15 September 2021 akan diserahkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah.