21 Pemimpin Pengakap Perak sertai Kursus Protokol dan Etiket Sosial 2021 “Online”

4 Sept 2010 – Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengadakan kursus Protokol & Etiket Sosial secara maya buat julung kalinya. Kursus anjuran Pasukan Latihan Negara dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara (INTURA) telah disambut baik dengan penyertaan pemimpin seramai 499 orang yang terlibat secara maya menggunakan aplikasi webex. Menurut Pengarah Kursus, Tuan Saiful Azlan Bin Azimat, pada mulanya kursus ini dianjurkan atas permohonan dari KLM kepada Pasukan Latihan Negara. Akhirnya sambutan kepada kursus ini dari negeri-negeri sangat menggalakkan sehingga ada yang memohon 10-50 peserta dan sebagainya.

Tahniah kepada 21 Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid sendiri yang hadir dan mengikuti kursus dengan jayanya. Menurut beliau, Kursus protokol dan etikel sosial ini sangat baik utk semua dan beliau berharap semua peserta terus sabar, menunggu dan fokus hingga tamat kursus.

Selesai sidang keempat, Majlis Penutup Ringkas dirasmikan oleh Pengarah Kursus, Tuan Saiful Azlan Bin Azimat. Semua peserta kursus diberikan pautan terakhir untuk mendaftar kehadiran serta menerima sijil kehadiran kursus.

Sijil Penyertaan yang diterima oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Berikut adalah bahan edaran kursus yang dikongsikan oleh Pihak Penganjur