Kursus Kepimpinan & Pengurusan 2021 anjuran Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Perak merupakan kursus maya yang pertama dalam sejarah Kelana Negeri Perak. Kursus ini disertai oleh 322 ahli pengakap kelana yang berdaftar dari seluruh Malaysia dan ada wakil dari Negara Indonesia. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli Pengakap Kelana berkaitan ilmu asas pentadbiran organisasi. Seterusnya, kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan ahli sekretariat yang mahir dalam pentadbiran supaya dapat memimpin Sekretariat Pengakap di semua peringkat dengan lebih berkesan.
Pada hari pertama (28 Ogos 2021), majlis dimulakan oleh saudara Aminul Muhaimin selaku pengacara majlis. Beliau memulakan acara dengan taklimat peraturan asas yang harus diikuti oleh para peserta sepanjang kursus. Kursus diteruskan dengan ucapan selamat datang oleh Dr. Lim Yiet Im, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak (Unit Kelana). Kandungan ceramah pada hari pertama lebih berfokus kepada kontek pengakap dimana peserta diberi ceramah bertajuk “Pentadbiran dan Pengurusan Pengakap Kelana” oleh Tuan Haji Khairul Bin Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan Peranan Sekretariat Pengakap Kelana oleh saudara Jurais Bin Abdullah, mantan Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan selaku Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kedah. Kedua-dua sesi ini sangat bermanfaat dan memberikan impak yang positif kepada para peserta. Banyak ilmu yang berkaitan Pengakap Kelana telah disampaikan oleh penceramah kami. Walaupun hanya berkursus secara dalam talian, ramai peserta bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing.
Pada hari ke-dua (29 Ogos 2021), peserta mula masuk ke platform Google Meet pada jam 10.00 pagi. Sebelum kursus bermula, peserta melakukan sesi refleksi, mereka diminta untuk kongsikan apa yang mereka belajar sepanjang kursus pada hari pertama dalam Menti. Kemudian, peserta diberi ceramah yang bertajuk Ciri-Ciri Pemimpin Berwibawa dan Pengucapan Awam oleh Encik Azmi Ismail sesi terakhir kami bertajuk Cara Pengendalian Program dan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hussin Bin Dato’ Seri Abdullah. Dari ketiga-tiga sesi ini kami berharap melahirkan insan yang berguna untuk menyumbang kepada kepengakapan sedunia, selaras dengan misi pengakap.
Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan 2021 dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak diiringi barisan kepimpinan Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak.