Siri 1 – 10 dan 11 Julai 2021
Siri 2 – 14 dan 15 Ogos 2021
Secara dalam talian melalui saluran Youtube secara langsung
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
Kursus ini telah dihadiri seramai 2831 orang PKK Tahun 4, 5 dan 6dari 316 buah sekolah seluruh negeri Perak termasuk 50 orang PKK Pendidikan Khas. 122 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada barisan kepimpinan Pengakap negeri, daerah serta para pemimpin dari setiap daerah telah menjayakan kursus secara dalam talian yang julung-julung kali diadakan ini.Kursus ini turut diwajibkan kepada semua calon penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri 2021 (AKPPNg) iaitu seramai 1786 orang sebagai satu daripada elemen utama syarat lulus.
Empat slot ceramah secara dalam talian serta dua slot tugasan kendiri luar talian telah dilaksanakan selama dua hari berkursus bagi setiap siri. Peserta telah didedahkan dengan tajuk Pakaian Seragam PKK, Sistem Sekawan, Lagu-lagu Pengakap dan Istiadat Laung Agung. Peserta juga diwajibkan menjawab penilaian kursus secara dalam talian dan menghantar dua tugasan berupa video nyanyian lagu-lagu Pengakap dan gambar logo sekawan ciptaan peserta sendiri. Sijil digital telah diberi kepada semua peserta yang lulus.