20 OGOS 2021 – Seramai 186 terdiri daripada Pemimpin Pengakap dan ahli Pengakap Remaja telah menyertai Sesi Taklimat Persediaan Ujian Lencana Kemahiran Pengakap Remaja secara dalam talian anjuran Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
Sesi taklimat telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak. Penglibatan ahli Pengakap Remaja di seluruh Negeri Perak dalam sesi taklimat ini disambut baik. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan kaedah pelaksanaan ujian dalam norma baharu dan juga memastikan kelangsungan ahli Pengakap Remaja untuk mendapatkan lencana sepanjang kawalan pergerakan yang masih berkuatkuasa.
Jawatankuasa Unit Pengakap Remaja Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan taklimat ini. Semoga kita akan bertemu kembali di program yang akan datang.